Sunday, December 4, 2011

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...alhamdulillah..syukur kehadrat ALLAH SWT atas limpah dan kurnia-Nya...aku masih di izinkan untuk memberi sedikit perkongsian di blog ku ini...selawat dan salam kepada ketua kepada seluruh umat iaitu Nabi Muhammad SAW yang sanggup bertumpah darah demi menyampaikan aajran islam itu kepada umat hari ini...selawat dan salam juga kepada keluarga Baginda dan para sahabat.


wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya ibu mengandungkan kamu selama 9 bulan?
pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya ibu berjuang melahirkan kamu?
pernahkah kamu terfikir saat nyawa ibu mu di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk ketika menahan segala sakit demi ingin melahirkan mu?

wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu memahami apa perasaan ibu mu ketika kamu meninggikan suara kepada nya atas dasar kamu tidak menyukai tegurannya?
pernahkah kamu terfikir betapa cinta dan sayang nya ibu mu terhadap kamu sehingga sanggup memerah keringat kerana ingin melihat kamu dalam keadaan sihat dan cukup keperluan hidup?

wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu mendedahkan aurat boleh membawa ibu mu kedalam neraka?
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu meninggalkan solat boleh membawa ibu mu kedalam neraka?
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu melakukan perhubungan tanpa ikatan sah (couple) boleh membawa ibu mu kedalam neraka?

*segala perkara yang melanggar larangan ALLAH SWT kita lakukan akan menjadi impak kepada kehidupan ibu bapa kita di akhirat kelak...

wahai yang bergelar anak....
cuba berfikir sejenak....
apa yang telah kita lakukan selama ini kepada kedua ibu bapa kita?

wahai yang bergelar anak.....
selamat bermuhasabah....

2 comments:

  1. dgn sndirinye ari mata jtuh lg..
    tlh kurnungkn ape y tlh ku prbuat...
    masyaALLAH...bnyak snguh dosa y tlh dlkukn...moga taubat ku d trima..amin.
    akn ku prbaiki klmhan y ada.

    ReplyDelete
  2. nice...jatuh air mata membacanya.....

    ReplyDelete