Sunday, May 6, 2012

betulkah ALLAH tidak adil atau aku yang tidak BERSABAR???


Aku minta setangkai bunga segar, ALLAH memberiku kaktus berduri.

Aku minta binatang kecil nan cantik, ALLAH beri ulat berbulu.


Aku sedih dan kecewa betapa tidak adilnya ini…

Namun kemudian, kaktus itu berunga dengan sangat indah,


Ulat itupun membesar dan berubah menjadi kupu-kupu yang amat cantik..subhannallah


Itulah dia Qudrat Allah ta’ala, indah pada ketepatan waktunya…

Allah tidak selalu memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah akan memberi apa kita perlukan.

Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka, tapi jauh di atas segalanya, Allah memberikan yang terbaik untuk kita.

Jadi tetap bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang diberikan Allah untuk kita,

Kerana susah senang, kaya miskin, sihat sakit, hidup mati, adalah ketentuan Allah semata..
jangan bersedih...^_________________________^



Thursday, December 8, 2011

tempat ku selepas DUNIA & sebelum AKHIRAT....

assalamualaikum kepada pembaca sekalian....alhamdulillah..syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih mengizinkan saya untuk membuat perkongsian di dalam blog ini....alhamdulillah...kini tepat pukul 1 pagi..aku masih tidak dapat tidur memikirkan sesuatu perkara yang pasti akan kita hadapi..iaitu MATI....



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali Imran:185].


ya ALLAH ya Tuhan kami....mungkin sepanjang hidup kami...telah banyak kami lakukan kemungkaran kepada-Mu....
kami melanggar larangan-Mu...dan kami perlekehkan pula suruhan-Mu.....





sesungguhnya....jika kami tidak mendapat keampunan-Mu..nescaya kami akan menerima seksa kubur sebelum merasai siksa di alam akhirat....
 

Daripada Zaid Bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia  berkata: Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bertanya:


“Siapakah di antara kamu yang mengetahui penghuni-penghuni kubur ini?” Seorang lelaki menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi : “Bilakah mereka mati?” Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini) sedang disiksa di dalam kubur mereka. Andaikata mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan kubur sebagaimana yang aku mendengarnya.” [Shahih Muslim, Kitab Syurga dan sifatnya dan nikmatnya dan ahlinya, no: 2867]








ya ALLAH ya Tuhan kami.....
jadikanlah kubur kedua ibu bapa kami sebagai taman-taman syurga...
kubur keluarga-keluarga kami...
kubur semua orang yang mendahului kami...

dan kubur kami bila mana kami semua sampai kepadanya...





ya ALLAH ya Tuhan kami.....

janganlah jadikan kubur-kubur kami bahagian daripada galian NERAKA...
janganlah jadikan kubur-kubur kami bahagian daripada galian NERAKA...
janganlah jadikan kubur-kubur kami bahagian daripada galian NERAKA...






ya ALLAH ya Tuhan Kami...
luaskanlah tempat kubur kami..
kirimkanlah ketengan kepada kami..
tetapkanlah kami dengan kalimat tauhid...
jadikanlah kami orang-orang yang Engkau rahmati di dalamnya...






ya Tuhan ku....layarkan lah bahtera hati kami kearah lautan cinta-Mu, kearah himpunan kasih -Mu sebagai bekalan sepanjang perjalan agar mencapai ketenangan....



duhai Ilahi....betapa limpahan rahmat dan belas ehsan-Mu terhadap kami sehingga kami tidak merasa sedikitpun kekurangan dan kehampaan...


selamatkanlah kami dari azab siksa-Mu....wahai Tuhan yang maha pengampun lagi maha mengesihani..

Wednesday, December 7, 2011

pernakah aku terfikir keadaan saudara ku di palestin..?

assalamualaikum...alhamdulillah ana masih di izizkan untuk menghirup udara segar di bumi ALLAH SWT...dan masih diperkuatkan untuk menekan-nekan "keyboard" laptop ni...:)...
apa yang ana tulis kat blog ni..mohon di renung-renungkan dan mohon di persoalkan di dalam hati...


wahai saudara seislam ku...

kita ni sentiasa dalam kesenangan....adapun kesusahan yang kita alami tidak sama seperti mana saudara seislam kita alami di palestin sana....

kita di malaysia ni cukup makan...
kita di malaysia ni cukup kelengkapan...
kita di malaysia dalam keadaan yang senang lenang walaupun tidak seberapa aman...
tapi jauh beza dengan keadaan saudara seislam kita yang berada di palestin...


pernakah kita alami kesedihan seperti mana budak palestin ni alami???????

tanya diri kita kembali...apa perasaan kita kalau anak or adik kita sendiri ingin di pijak oleh tentera israil=yahudi laknatullah?

apakah perasaan seorang ibu apabila melihat anaknya dalam keadaan telur di hujung tanduk???


pernakah kita merasakan kesedihan melihat anak-anak kecil di bunuh???


wahai saudara seislam ku....kita membenci israil....tapi...pernakah kita terniat di hati ingin pergi berjuang untuk membantu saudara seislam kita di palestin??
ya!!!!..memang tidak di nafikan..kita memang tidak mampu untuk pergi kesana...

TAPI!!!!!...
pernakah kita doakan agar ALLAH memberi pertolongan kepada mereka???
wahai saudara seislam ku....renung-renungkan lah....

T_T

Sunday, December 4, 2011

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian...alhamdulillah..syukur kehadrat ALLAH SWT atas limpah dan kurnia-Nya...aku masih di izinkan untuk memberi sedikit perkongsian di blog ku ini...selawat dan salam kepada ketua kepada seluruh umat iaitu Nabi Muhammad SAW yang sanggup bertumpah darah demi menyampaikan aajran islam itu kepada umat hari ini...selawat dan salam juga kepada keluarga Baginda dan para sahabat.


wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya ibu mengandungkan kamu selama 9 bulan?
pernahkah kamu terfikir bagaimana sakitnya ibu berjuang melahirkan kamu?
pernahkah kamu terfikir saat nyawa ibu mu di ibaratkan seperti telur di hujung tanduk ketika menahan segala sakit demi ingin melahirkan mu?

wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu memahami apa perasaan ibu mu ketika kamu meninggikan suara kepada nya atas dasar kamu tidak menyukai tegurannya?
pernahkah kamu terfikir betapa cinta dan sayang nya ibu mu terhadap kamu sehingga sanggup memerah keringat kerana ingin melihat kamu dalam keadaan sihat dan cukup keperluan hidup?

wahai yang bergelar anak....
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu mendedahkan aurat boleh membawa ibu mu kedalam neraka?
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu meninggalkan solat boleh membawa ibu mu kedalam neraka?
pernahkah kamu terfikir perbuatan mu melakukan perhubungan tanpa ikatan sah (couple) boleh membawa ibu mu kedalam neraka?

*segala perkara yang melanggar larangan ALLAH SWT kita lakukan akan menjadi impak kepada kehidupan ibu bapa kita di akhirat kelak...

wahai yang bergelar anak....
cuba berfikir sejenak....
apa yang telah kita lakukan selama ini kepada kedua ibu bapa kita?

wahai yang bergelar anak.....
selamat bermuhasabah....

Saturday, December 3, 2011

SIFAT 20 ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

liku-liku kehidupan ku

assalamualaikum....
alhamdulillah...first time buat blog ni dalam kehidupan....
ilmu baru yang ALLAH bagi kepada ku melalui perantaraan sahabat...
syukran ALLAH
syukran sahabat...

pada mulanya aku nak berkongsi kepada para pembaca tentang kehidupan ku sebagai hamba ALLAH yang jauh melencong dari jalan kebenaran...tapi alhamdulillah...ALLAH beri petunjuk dengan sikit demi sedikit untuk aku memahami apa itu ISLAM??? dan cuba berjinak-jinak dengan perjuangan ISLAM..

aku ni bukanlah di kalangan orang yang baik-baik..bukan aku nak mengaibkan kehidupan ku sebagai individu muslim...tapi aku ingin berkongsi kepada penbaca dan mudah-mudahan perkara ini dijadikan pengajaran agar tidak berlaku kepada pembaca di suatu hari nanti.

aku memang dilahirkan dalam keluarga islam...nenek,datuk,makcik ku dan sama waktu dengannya..adalah guru mengaji di kampung ku....
tapi..tidak semestinya ahli keluarga ku mengajar mengaji...aku terlepas daripada gejala sosial...
sama sekali tidak...aku ni jenis yang suka mengganggu orang yang berada di sekeling ku...
bab kacau budak perempuan lalu...ALLAHURABBI...dah jadi perkara biasa...couple sana sini..menjadi satu kewajiban...sehinggakan di sebabkan gejala couple...aku perna memalukan IBU ku yang ku cintai...tapi bukan kerana terlanjur...tetapi disebabkan hal lain yang membuatkan ibu ku terluka....
kadang-kadang....aku ni berpura-pura baik...sedangkan di sebalik kehidupan...tidak sama seperti mana apa yang aku tunjukkan dengan orang di sekeliling ku...

tapi di pendekkan cerita....
sejak aku mendapat peluang menyambung pembalajaran ke IPT...
dan IPT itu adalah POLITEKNIK KUCHING SARAWAK...
alhamdulillah....ALLAH hantar pertolongan melalui perantaraan sahabat-sahabat sepengajian ku..
aku mengikuti usrah-usrah....
program-program islamic...
mereka cuba follow aku....
aku merasa seronok..kerana ada yang ambil peduli dengan kehidupan ku..
memang aku ingin berubah...
tapi aku sedar...perkara yang ku inginkan ini..bukan sesuatu yang mudah.....
banyak cabaran dan dugaan yang perlu ku tempuhi..untuk mencari apa erti kehidupan yang sebenar...

nasihat daripada ku...
ISLAM itu pemudah cara..
so...carilah islam jika kamu ini..ingin menemukan kebenaran...